Pas sedia hadapi PRU: Ahmad Yakob

Iklan
Ahmad ketika menjawab soalan diajukan wartawan selepas menyampaikan kuliah sesi kedua di Medan Ilmu hari ini.

KOTA BHARU - Pas tidak pernah gentar dan bersedia berdepan sebarang kemungkinan termasuk pilihan raya umum (PRU) dalam waktu terdekat.

Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, buat masa ini semua pihak perlu bertenang dalam mengikuti perkembangan semasa kerana langkah-langkah penyelesaian sedang dilakukan di peringkat Persekutuan.

Iklan
Iklan

"Di pihak Pas, kita juga minta pandangan pakar perundangan dan Perlembagaan berhubung isu itu supaya ia dapat diselesaikan sebaiknya.

"Keputusan membentuk kerajaan sama ada perpaduan atau minoriti, terpulang kepada suasana dan kebijaksanaan pemimpin negara,” katanya kepada media di sini hari ini.

Ahmad semasa menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu hari ini

Iklan

Beliau ditemui di Medan Ilmu selepas menyampaikan kuliah sesi kedua di sini hari ini.

Menurutnya, terlampau banyak spekulasi buas masa ini, namun Pas bertenang dan mengikut perkembangan semasa.

Iklan

"Jika berlaku PRU dalam waktu terdekat, Pas sendiri sudah bersedia mental fizikal termasuklah dari segi jentera dan sebagainya.

"Kita insya-ALLAH bersedia, berat atau ringan kita tanggung semua. Jentera pun sudah sedia sebab kita ada pengalaman sebelum ini,” katanya.