Menteri gesa PDRM, SKMM siasat individu hina Nabi Muhammad

Iklan
Datuk Aaron Ago. Foto Bernama Datuk Aaron Ago. Foto Bernama
Datuk Aaron Ago. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Tindakan seorang pengguna Facebook, Khor Soon Keat yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima sama sekali.

Oleh demikian Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menegaskan, tindakan menghina mana-mana agama bukan sahaja mencabuli prinsip keharmonian dan perpaduan negara tetapi boleh mengundang akibat yang sangat serius kepada keamanan serta ketenteraman awam.

Iklan
Iklan

"Saya berharap agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dapat menyiasat perkara ini serta mengambil tindakan yang tegas dengan segera," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ujar beliau, setiap warganegara Malaysia wajib faham, hormat dan menerima kepelbagaian yang ada.

Iklan

"Saya ingin mengingatkan bahawa tiada ruang untuk sebarang bentuk kebencian atau provokasi agama di negara ini.

"Kerajaan akan bertindak tegas terhadap mana-mana individu yang cuba menimbulkan perpecahan atau ketegangan antara kaum dan agama.

Iklan

"Saya ingin memberi amaran dengan tegas bahawa sebarang kenyataan atau tindakan yang menyentuh sensitiviti agama lain akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi oleh pihak penguatkuasa," jelas Aaron.

Terdahulu, pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung mendesak kerajaan mengeluarkan kenyataan susulan komentar yang dikeluarkan Soon Keat dan seorang lagi, Chelvi Kolan di media sosial.