MH370: Kabinet setuju terma dan syarat Ocean Infinity

Iklan
Terma dan syarat yang dikemukakan syarikat Ocean Infinity (United Kingdom ) bagi mengesan bangkai pesawat MH370 di kawasan selatan Lautan Hindi dipersetujui Kabinet. Gambar fail Terma dan syarat yang dikemukakan syarikat Ocean Infinity (United Kingdom ) bagi mengesan bangkai pesawat MH370 di kawasan selatan Lautan Hindi dipersetujui Kabinet. Gambar fail
Terma dan syarat yang dikemukakan syarikat Ocean Infinity (United Kingdom ) bagi mengesan bangkai pesawat MH370 di kawasan selatan Lautan Hindi dipersetujui Kabinet. Gambar fail

PUTRAJAYA - Terma dan syarat yang dikemukakan syarikat Ocean Infinity (United Kingdom ) bagi mengesan bangkai pesawat MH370 di kawasan selatan Lautan Hindi dipersetujui Kabinet.

Iklan
Iklan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam kenyataan berkata, dengan kelulusan itu, Kementerian Pengangkutan akan mewakili kerajaan untuk menandatangani perjanjian pencarian dengan syarikat Ocean Infinity.

"Keputusan Jemaah Menteri ini membolehkan operasi pencarian dasar laut dimulakan bagi mengesan bangkai pesawat MH370 di satu lokasi baharu yang dianggarkan seluas 15,000 kilometer persegi di Selatan Lautan Hindi berdasarkan prinsip 'no find, no fee," katanya pada Rabu.

Iklan
Anthony Loke - Foto Bernama Anthony Loke - Foto Bernama
Anthony Loke - Foto Bernama

Ujar Anthony, berdasarkan prinsip tersebut, kerajaan Malaysia tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran kepada syarikat itu sekiranya tiada sebarang bangkai pesawat yang ditemui.

"Fi sejumlah AS$70 juta akan dibayar kepada Ocean Infinity sekiranya bangkai pesawat MH370 berjaya dijumpai," jelas beliau.

Iklan

Kata Anthony, kerajaan komited meneruskan operasi pencarian dan memberikan penutup kepada keluarga waris penumpang pesawat MH370.

MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang tanpa jejak sejak 11 tahun lalu.

Kapal terbang berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi 8 Mac 2014 sepatutnya tiba di Beijing, China jam 6.30 pagi waktu tempatan namun hilang tanpa dapat dijejaki sehingga kini.

Ocean Infinity memulakan pencarian rasmi di dasar Lautan Hindi yang dipercayai menjadi lokasi pesawat pada 22 Januari 2018 dan menamatkan pencarian pada 29 Mei tahun sama.

Walaupun usaha itu melibatkan kawasan carian yang lebih luas dan teknologi terkini, ia tetap tidak menemukan bangkai pesawat.

Tahun lalu, penyelidik Britain dilapor mengesan isyarat yang mungkin membawa kepada penemuan pesawat MH370.

Isyarat itu dikesan di Cape Leeuwin di Australia Barat, satu daripada dua stesen hidrofon yang berada dalam puluhan minit bagi tempoh penerimaan isyarat masa perjalanan dari hubungan terakhir dengan radar pesawat.