Pas terdesak seru pengundi pindah alamat ke Selangor – Amanah

Iklan
Azli Azli
Azli

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor menyifatkan seruan Pas agar pengundi memindahkan alamat ke negeri itu sebagai tindakan terdesak bagi meraih sokongan dalam pilihan raya akan datang.

Menurut Timbalan Pengerusinya, Azli Yusof, tindakan Pas itu jelas menunjukkan bahawa parti tersebut tidak yakin dengan sokongan rakyat di Selangor dan terpaksa bergantung kepada strategi luar biasa bagi meningkatkan peluang mereka.

Iklan
Iklan

"Ini membuktikan bahawa mereka sedar sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) semakin merosot. Pengundi kini lebih bijak dan mula sedar kesilapan mereka ketika mengundi PN pada PRU15 lalu," katanya dalam satu kenyataan Pada Rabu.

Beliau juga menegaskan bahawa taktik Pas yang berasaskan sentimen agama dan kaum semakin tidak berkesan kerana rakyat lebih memilih kepimpinan yang stabil dan progresif.

Iklan

"Hakikatnya, pentadbiran PN di negeri yang mereka kuasai tidak membawa perubahan besar, malah banyak bergantung kepada bantuan Kerajaan Persekutuan," ujarnya lagi.

Azli turut berkata, keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan semakin kukuh, sebagaimana dibuktikan dalam kemenangan berturut-turut Gabungan Perpaduan dalam beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK), termasuk di DUN Kuala Kubu Baharu, Nenggiri, dan Mahkota.

Iklan

Dalam pada itu, beliau menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memantau sebarang pemindahan alamat pengundi yang mencurigakan bagi memastikan proses pilihan raya kekal telus dan berintegriti.

"Kita mahu demokrasi yang bersih dan adil. Pengundi harus mendaftar di tempat kediaman sebenar mereka, bukan atas desakan politik pihak tertentu," tegasnya.

Terdahulu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri dilaporkan menyeru penyokong Pas untuk memindahkan alamat mereka ke Selangor bagi mengukuhkan peluang parti itu dalam pilihan raya akan datang.

Tindakan Pas itu kini mencetuskan pelbagai reaksi, dengan ramai melihatnya sebagai satu strategi terdesak bagi merampas kembali negeri yang dikuasai Kerajaan Perpaduan.