Itali kehilangan sentuhan gol Retegui

Iklan
Mateo Retegui Mateo Retegui
Mateo Retegui

IMPIAN Itali untuk mara ke peringkat seterusnya Liga Negara-Negara Eropah menerima tamparan hebat apabila penyerang berbisa, Mateo Retegui, disahkan tidak dapat beraksi dalam kedua-dua perlawanan suku akhir menentang Jerman.

Kecederaan paha yang dialami Retegui memaksa pemain kelahiran Argentina itu diketepikan, menurut Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) pada Rabu.

Iklan
Iklan

Retegui, yang kini beraksi untuk kelab Itali, Atalanta, sedang menikmati musim cemerlang apabila muncul penjaring terbanyak Serie A dengan 22 gol.

Ketajamannya di depan gawang turut diterjemahkan di peringkat antarabangsa apabila menjaringkan enam gol dalam 18 penampilan bersama skuad Azzurri sejak penampilan sulung pada 2023.

Iklan

"Pemeriksaan lanjut yang dijalankan pagi ini mengesahkan kecederaan otot paha kanan penyerang Mateo Retegui.

"Beliau disahkan tidak dapat beraksi dalam kedua-dua perlawanan menentang Jerman dan telah kembali ke kelabnya untuk penilaian lanjut," kata FIGC.

Iklan

Ketiadaan Retegui pastinya menjadi kehilangan besar buat pasukan Itali yang kini tumpuan terarah kepada Moise Kean dari Fiorentina, penjaring kedua terbanyak liga Itali musim ini dengan 15 gol.

Pengendali Luciano Spalletti dijangka berdepan tugas sukar untuk merencanakan strategi terbaik bagi menembusi benteng pertahanan Jerman.

Perlawanan pertama akan berlangsung di San Siro pada Jumaat ini, diikuti aksi timbal balik di Dortmund pada Isnin.

Pemenang daripada pertembungan ini akan menjadi tuan rumah bagi peringkat separuh akhir dan akhir Liga Negara-Negara yang dijadualkan berlangsung pada Jun.

LIGA NEGARA-NEGARA EROPAH

JUMAAT (21 MAC)

SUKU AKHIR PERTAMA

Belanda lwn Sepanyol, 3.45 pagi

Croatia lwn Perancis, 3.45 pagi

Denmark lwn Portugal, 3.45 pagi

Itali lwn Jerman. 3.45 pagi