PENYERANG Perancis, Marcus Thuram terpaksa diketepikan daripada dua perlawanan suku akhir Liga Negara-Negara Eropah menentang Croatia akibat kecederaan buku lali, menurut kenyataan rasmi Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF).
Pemain berusia 27 tahun sebelum ini beraksi untuk kelab Serie A Inter Milan itu, yang tersenarai dalam skuad 24 pemain Didier Deschamps minggu lalu.
Namun Thuram kemudian mendedahkan selepas kemenangan agregat 4-1 Inter ke atas Feyenoord dalam Pusingan 16 Liga Juara-Juara.
Beliau telah bermain sambil menahan kesakitan akibat kecederaan tersebut sejak sebulan lalu.
Ketiadaan Thuram pastinya memberi tamparan hebat kepada skuad Perancis yang sedang memburu tempat ke separuh akhir.
Pemain yang dikenali dengan kelincahan dan ketajamannya di depan gawang itu telah menjadi tonggak penting dalam barisan serangan Les Bleus.
Perlawanan suku akhir pertama menentang Croatia akan berlangsung di Split pada Jumaat ini, diikuti perlawanan timbal balik di Stade de France pada 24 Mac.
Deschamps kini perlu mencari pengganti yang sesuai untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Thuram.
LIGA NEGARA-NEGARA EROPAH
JUMAAT (21 MAC)
SUKU AKHIR PERTAMA
Belanda lwn Sepanyol, 3.45 pagi
Croatia lwn Perancis, 3.45 pagi
Denmark lwn Portugal, 3.45 pagi
Itali lwn Jerman. 3.45 pagi