Mayat kru bot nelayan jatuh di Pulau Segantang ditemukan

Iklan
Operasi mencari mangsa yang dipercayai terjatuh di perairan Pulau Segantang dekat Langkawi pada Ahad lepas. Gambar kiri: Musliandee (Foto: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) Operasi mencari mangsa yang dipercayai terjatuh di perairan Pulau Segantang dekat Langkawi pada Ahad lepas. Gambar kiri: Musliandee (Foto: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia)
Operasi mencari mangsa yang dipercayai terjatuh di perairan Pulau Segantang dekat Langkawi pada Ahad lepas. Gambar kiri: Musliandee (Foto: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia)

ALOR SETAR - Mayat seorang kru bot nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh di perairan Pulau Segantang dekat Langkawi pada Ahad lepas telah ditemukan pada Rabu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim, Romli Mustafa berkata, mayat Musliandee Mustafa Kamal, 45, dijumpai pada jam 4.25 petang Rabu.

Iklan
Iklan

"Terdapat maklumat mengenai penemuan satu mayat yang terapung di 3.8 batu nautika tenggara Pulau Ajar. Bot KILAT 6 yang dikerahkan ke lokasi telah menjumpai dan membawa naik mayat berkenaan ke atas bot.

"Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan polis telah mengesahkan mayat yang ditemukan itu sama seperti mangsa yang dilaporkan terjatuh dari bot nelayan, Ahad lalu," menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Susulan itu, beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat telah ditamatkan sepenuhnya pada 5.35 petang. - Bernama

Iklan