33R Harmony Racing unggul di Sepang

Iklan
33R Harmony Racing unggul di Sepang. 33R Harmony Racing unggul di Sepang.
33R Harmony Racing unggul di Sepang.

PELUMBA negara, Jazeman Jaafar mencipta sensasi apabila mengungguli Perlumbaan 12 Jam Sepang di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Jazeman bersama David Chen, Jason, Loh dan Loh Kai Luo mewakili 33R Harmony Racing melintasi garisan penamat dengan jentera Ferrari 296 GT3.

Iklan
Iklan

Gandingan tersebut berjaya menamatkan 328 pusingan untuk muncul juara edisi kali ini.

Jazeman memulakan perlumbaan cemerlang apabila mempertahankan kedudukan di hadapan dengan jurang hampir 30 saat.

Iklan

Biarpun bermula di petak hadapan, 33R Harmony Racing berdepan cabaran akibat cuaca yang tidak menentu.

Namun Jazeman berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan litar apabila mempamerkan aksi cemerlang.

Iklan

Detik cemas berlaku apabila pasukan jatuh ke tempat ketiga akibat insiden pusingan.

Namun Jazeman dan rakan sepasukan tidak berputus asa apabila mempamerkan aksi luar biasa dengan mencatatkan pusingan terpantas 2:05.915 saat (s) pada dua jam terakhir.

Jazeman berjaya merapatkan jurang 25 saat sebelum memintas jentera Porsche untuk kembali menerajui perlumbaan.

"Masih terkejut. Ini adalah salah satu perlumbaan paling sukar yang pernah saya lalui.

"Mengejar dari tempat ketiga ke hadapan dengan hanya 15 minit berbaki.

"Tiada yang mudah, tetapi Alhamdulillah, dengan pasukan yang tepat, jentera yang kuat, rakan sepasukan yang hebat dan sokongan keluarga serta rakan-rakan, kemenangan ini sangat emosional,” kata Jazeman.