Peluang Young Tigress biasakan diri permainan pantas, fizikal

Iklan
Nur Shamine Azureen (kanan) percaya aksi pemanas badan penting memantapkan Young Tigress sebelum membuka kempen Piala Dunia Remaja 2025 di Chile, Disember ini. Foto: Malaysian Hockey Confederation Nur Shamine Azureen (kanan) percaya aksi pemanas badan penting memantapkan Young Tigress sebelum membuka kempen Piala Dunia Remaja 2025 di Chile, Disember ini. Foto: Malaysian Hockey Confederation
Nur Shamine Azureen (kanan) percaya aksi pemanas badan penting memantapkan Young Tigress sebelum membuka kempen Piala Dunia Remaja 2025 di Chile, Disember ini. Foto: Malaysian Hockey Confederation

PENYERANG skuad hoki remaja wanita negara, Nur Shamine Azureen Mohammed Badusha, menyifatkan perlawanan pemanas badan sebelum Young Tigress membuka kempen Piala Dunia Remaja 2025 di Chile pada Disember ini sebagai satu persediaan yang amat penting.

Pemain lincah berusia 20 tahun ini, yang menjadikan pemain hoki Australia, Jamie Dwyer, sebagai idolanya, menegaskan bahawa siri jelajah Eropah adalah pentas persediaan terbaik untuk skuad muda negara mendapatkan pengalaman berharga sebelum berdepan gergasi dunia di Santiago.

Iklan
Iklan

"Sejujurnya, perlawanan persahabatan antarabangsa memainkan peranan penting dalam persiapan kami menjelang Piala Dunia Remaja 2025 di Chile.

"Sekiranya pasukan berpeluang mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Eropah, ia memberikan peluang kepada kami untuk membiasakan diri dengan corak permainan yang lebih tersusun, pantas, dan fizikal," katanya.

Iklan

Skuad Young Tigress bimbingan Lailin Abu Hassan dan Young Tigers kendalian I Vikneswaran telah mengesahkan slot mereka ke Piala Dunia Remaja 2025 selepas layak ke kejohanan berprestij itu.

Laporan Sukan Sinar pada Rabu. Laporan Sukan Sinar pada Rabu.
Laporan Sukan Sinar pada Rabu.

Young Tigress akan bersaing dengan pasukan hoki remaja dunia di Santiago, Chile, manakala Young Tigers akan membuka kempen mereka di Chennai, India.

Iklan

Tambah Nur Shamine Azureen lagi, salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh pasukannya menjelang temasya itu adalah meningkatkan stamina dan kepantasan untuk bersaing dengan pasukan-pasukan dari Eropah.

"Perbezaan fizikal antara pemain Asia dan Eropah, serta aspek ketahanan mental ketika berdepan tekanan dalam perlawanan besar, menjadi cabaran utama yang perlu kami atasi.

"Selain itu, kami juga kurang pengalaman berbanding pasukan lawan, yang merupakan faktor yang perlu ditangani, terutamanya apabila bertemu pasukan yang mempunyai sejarah kuat dalam kejohanan dunia," katanya.

Pasukan Young Tigress dijangka memulakan sesi latihan intensif pada April selepas sambutan Aidilfitri, bagi memperkemaskan persiapan sebelum kejohanan besar di negara Amerika Selatan tersebut.