KUALA LUMPUR - Bersatu telah memutuskan untuk mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri untuk diperkenan Yang di-Pertuan Agong.
Perkara tersebut diumumkan oleh Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya dalam satu kenyataan parti sebentar tadi.
Marzuki berkata, mesyuarat hari ini dihadiri 36 Ahli Dewan Rakyat Bersatu.