Lima lelaki edar dadah berdepan hukuman mati

Iklan
Empat lelaki termasuk dua warga Taiwan didakwa secara bersama mengedar dadah berbahaya dipercayai jenis MDMA dengan anggaran isipadu satu liter. Empat lelaki termasuk dua warga Taiwan didakwa secara bersama mengedar dadah berbahaya dipercayai jenis MDMA dengan anggaran isipadu satu liter.
Empat lelaki termasuk dua warga Taiwan didakwa secara bersama mengedar dadah berbahaya dipercayai jenis MDMA dengan anggaran isipadu satu liter.

JOHOR BAHRU - Lima lelaki termasuk dua warga Taiwan berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret berasingan, di sini, atas tiga pertuduhan mengedar dadah berbahaya, pada awal Mac.

Tertuduh terdiri daripada tiga rakyat tempatan, Liong Boon Siong, 27; Chow Zhi Peng, 30; Yeap Jun Le, 22; serta dua warga Taiwan, Peng Wei Sung dan Liu Yu Ting mengangguk faham pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Boon Siong didakwa mengedar dadah jenis 3,4-methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat kira-kira 20 kilogram (kg) dan methamphetamine seberat 3.8kg. Boon Siong didakwa mengedar dadah jenis 3,4-methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat kira-kira 20 kilogram (kg) dan methamphetamine seberat 3.8kg.
Boon Siong didakwa mengedar dadah jenis 3,4-methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat kira-kira 20 kilogram (kg) dan methamphetamine seberat 3.8kg.

Di hadapan Majistret Nabilah Nizam, Boon Siong dituduh mengedar berbahaya dadah jenis 3,4-methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan anggaran berat 20 kilogram (kg) dan methamphetamine dengan anggaran berat 3.8 kg.

Iklan

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Seroja, Ledang Height, Iskandar Puteri, sekitar jam 4.15 petang pada 6 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya tidak dihukum mati, tertuduh hendaklah dikenakan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Latif manakala tertuduh diwakili peguam Hafizatul Shahirah Jamarin.

Sementara itu, di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab, empat lelaki termasuk dua warganegara Taiwan mencapai niat bersama telah didapati mengedar dadah berbahaya disyaki jenis MDMA anggaran isipadu satu liter.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Laman Setia 5/5, Setia Eco Gardens, Gelang Patah sekitar jam 12 tengah hari pada 6 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka secara bersama dituduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39b(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kesemua lelaki itu boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya tidak dihukum dengan hukuman mati hendaklah dihukum dengan hukuman sebatan yang tidak kurang daripada 12 sebatan.

Kes pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nik Noratini Nik Azman, manakala semua tertuduh diwakili peguam Naizatul Zamrina Karizaman.

Mahkamah menetapkan tarikh 19 Jun depan sebagai sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia.