Liga Arab desak AS tekan Israel hentikan pelanggaran gencatan senjata di Gaza

Iklan
Penduduk Palestin memeriksa runtuhan rumah keluarga Elias Tarazi selepas ia musnah dalam serangan Israel di kawasan kejiranan al-Sabra. Foto AFP Penduduk Palestin memeriksa runtuhan rumah keluarga Elias Tarazi selepas ia musnah dalam serangan Israel di kawasan kejiranan al-Sabra. Foto AFP
Penduduk Palestin memeriksa runtuhan rumah keluarga Elias Tarazi selepas ia musnah dalam serangan Israel di kawasan kejiranan al-Sabra. Foto AFP

KAHERAH/ANKARA - Liga Arab menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya memaksa Israel agar menghentikan pelanggaran perjanjian gencatan senjata di Gaza, selepas satu mesyuarat tergempar di Kaherah pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam resolusi akhir yang dikeluarkan selepas mesyuarat perwakilan tetap, blok itu mengecam serangan baharu Israel ke atas Gaza sejak Selasa, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 436 terbunuh dan lebih 670 cedera.

Iklan
Iklan

Resolusi itu menyeru Washington, sebagai penjamin gencatan senjata supaya memaksa Israel menghentikan pelanggaran, melaksanakan semua fasa perjanjian yang dimeterai dengan pengantaraan Mesir, Qatar dan AS, serta segera menyambung fasa kedua dan ketiga.

Ia juga menuntut pengunduran Israel dari semua kawasan di Gaza, menamatkan kepungan dan membenarkan bantuan kemanusiaan, perubatan serta bekalan kecemasan disalurkan tanpa halangan ke seluruh wilayah itu.

Iklan

Kenyataan berkenaan turut menegaskan kepentingan memastikan pengagihan bantuan ke semua kawasan yang terjejas serta memudahkan kepulangan penduduk yang terpaksa berpindah.

Sejak Oktober 2023, hampir 50,000 rakyat Palestin terbunuh, manakala lebih 112,000 lagi cedera akibat serangan ketenteraan Israel di Gaza. - Bernama-Anadolu

Iklan