Pas fokus tambah pengundi Melayu di Selangor

Iklan
Sabirin Marsono Sabirin Marsono
Sabirin Marsono

SHAH ALAM - Pas Selangor sedang berusaha meningkatkan jumlah pengundi Melayu di negeri ini bagi memastikan keseimbangan demografi politik yang lebih adil dan saksama.

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor, Sabirin Marsono berkata, rakyat Selangor yang telah lama bermastautin, membayar cukai, bekerja dan menikmati perkhidmatan kerajaan negeri perlu diberikan ruang serta suara dalam menentukan hala tuju negeri ini.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Selangor terdapat jurang ketara antara jumlah pengundi Melayu dan bukan Melayu.

"Kempen kesedaran diperlukan bagi menggalakkan lebih ramai pengundi Melayu yang telah lama menetap di negeri ini untuk mendaftar dan keluar mengundi dalam pilihan raya akan datang,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Sabirin memberitahu, Pas Selangor turut merancang satu agenda besar bagi meningkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan mendaftar sebagai pemilih di tempat mereka bekerja dan memiliki rumah.

"Ini bagi memastikan hak demokratik rakyat Selangor dilindungi dan dihormati serta menjamin pembangunan negeri yang adil, berintegriti dan memberi manfaat kepada semua rakyat di negeri ini," ujar beliau.

Iklan

Sinar Harian pada 13 Mac lalu melaporkan, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri menegaskan kepentingan rakyat negeri lain tetapi menetap di Selangor untuk mengundi di negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang bagi memastikan kemenangan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, kenyataan itu mendapat pelbagai reaksi termasuk Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor yang menyifatkan seruan Pas agar pengundi memindahkan alamat ke negeri itu sebagai tindakan terdesak bagi meraih sokongan dalam pilihan raya akan datang.