JEFRI Ngadirin dilantik sebagai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) baharu menggantikan Abdul Rashid Yaakub akan tamat kontrak pada 3 April ini.
MSN berkata, pelantikan Jefri yang berkuat kuasa pada 4 April itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, ketika Mesyuarat Lembaga Pengurusan MSN di Bukit Jalil pada Khamis.
Iklan
Iklan
Menurut MSN, Jefri berusia 52 tahun memulakan kerjaya di MSN sebagai pegawai di Bahagian Pembangunan pada 1993.
"Dia kemudiannya menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan di University of Miami, Florida, Amerika Syarikat sebelum kembali meneruskan khidmat di MSN pada 1999.
"Antara tanggungjawab dipikulnya dalam MSN ialah Ketua Unit Sukan Teras, Pengarah Cawangan Pelapis dan Pengarah Bahagian Atlet.
"Jefri kemudian dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) pada 8 Januari 2024," kata MSN dalam kenyataan pada Khamis.
Artikel Berkaitan