Lelaki Orang Asli hilang dua hari ditemukan lemas

Iklan
Mayat mangsa ditemui pada hari ketiga operasi SAR melibatkan beberapa agensi di Sungai Lasah berhampiran Kampung Ara Felda pada Khamis. Mayat mangsa ditemui pada hari ketiga operasi SAR melibatkan beberapa agensi di Sungai Lasah berhampiran Kampung Ara Felda pada Khamis.
Mayat mangsa ditemui pada hari ketiga operasi SAR melibatkan beberapa agensi di Sungai Lasah berhampiran Kampung Ara Felda pada Khamis.

SUNGAI SIPUT - Misteri kehilangan seorang lelaki Orang Asli sejak dua hari lalu terungkai apabila mayatnya ditemui terapung di Sungai Lasah, berhampiran Kampung Ara Felda pada Khamis.

Mangsa, Amran Ahin, 43, dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Kuala Chenein, Lasah pada malam Selasa.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian jam 9.34 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Operasi SAR dilaksanakan dengan bantuan beberapa agensi lain termasuk polis, APM (Angkatan Pertahanan Awam) serta unit penyelam PPDA (Pasukan Penyelamat Di Air) dari Ipoh dan Kuala Kangsar. Operasi pencarian di permukaan dilakukan menggunakan dua bot.

Iklan

"Pasukan penyelamat menyusuri sungai sejauh 10 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh. Mayat mangsa akhirnya ditemui oleh kumpulan ketiga pasukan penyelamat yang disertai bomba dan APM pada jam 12.52 tengah hari dalam keadaan tersangkut pada ranting kayu dan buluh," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sabarodzi berkata, pasukan penyelamat kemudian bertindak mengangkat mayat mangsa ke tebing diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Iklan

Menurutnya, operasi pencarian ini turut melibatkan anggota terdiri daripada pelbagai agensi termasuk Unit Anjing Pengesan (K9).

Katanya, dari segi kekuatan jentera pula operasi turut menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah kenderaan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS), tiga kenderaan utiliti serta tiga bot pelbagai jenis.

Beliau berkata, operasi SAR yang berlangsung selama tiga hari itu tamat jam 1.30 tengah hari.