Mydin peruntuk RM100,000 bantu golongan memerlukan sempena Aidilfitri

Iklan
Amer (lapan dari kiri) bergambar bersama para penerima sumbangan Program Mydin Prihatin Syawal 2025 pada Khamis. Amer (lapan dari kiri) bergambar bersama para penerima sumbangan Program Mydin Prihatin Syawal 2025 pada Khamis.
Amer (lapan dari kiri) bergambar bersama para penerima sumbangan Program Mydin Prihatin Syawal 2025 pada Khamis.

SUBANG JAYA - Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) memperuntukkan dana sebanyak RM100,000 bagi membantu golongan memerlukan sempena Aidilfitri tahun ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, inisiatif Mydin Prihatin itu memberi manfaat kepada 700 kanak-kanak dan warga emas dari rumah kebajikan dengan setiap penerima menerima kelengkapan baju raya bernilai RM150 seorang.

Iklan
Iklan

"Ia sudah menjadi tradisi kami untuk menyantuni golongan kurang bernasib baik dengan memberikan kelengkapan baju raya supaya mereka dapat merayakan Aidilfitri seperti orang lain," katanya ketika ditemui di Program Mydin Prihatin Syawal 2025 di Mydin USJ pada Rabu.

Antara rumah kebajikan yang menerima sumbangan termasuk Rumah Kanak-Kanak Cheras, Taman Sinar Harapan Cheras, Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR), Warga Emas Lembah Subang, Yayasan Anak Yatim Wardatul Jannah, Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash Shakur dan Persatuan Ukhwah Anak Yatim Sabak Bernam.

Iklan

Menurut Ameer, inisiatif ini adalah hasil kutipan jualan daripada pembekal yang diperuntukkan untuk membantu golongan memerlukan.

"Sebanyak 53 pembekal terlibat dalam inisiatif ini. Contohnya, jika kita menjual beras pembekal dengan tambahan sepuluh atau tiga puluh sen, hasil itu akan dimasukkan ke dalam tabung prihatin.

Iklan

"Tahun ini, kami menyasarkan kutipan sekitar RM300,000 untuk pelbagai aktiviti kebajikan seperti program ini. Selain itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga turut menyumbang antara 20 hingga 50 peratus," jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Azmir Kassim berkata, penerima sumbangan terdiri daripada kanak-kanak di pusat jagaan atau rumah anak yatim berdaftar dengan JKM.

"Langkah ini memastikan mereka merasai pengalaman dan keseronokan menyambut perayaan dalam suasana kekeluargaan.

"Kami membawa empat hingga lima pusat jagaan di bawah JKM dan NGO berkaitan. Anak-anak yang dipilih adalah mereka yang kehilangan keluarga atau memerlukan perlindungan.

"JKM mengucapkan terima kasih kepada pihak Mydin, Datuk Ameer dan semua penyumbang atas sumbangan yang sangat bermakna kepada anak-anak ini," katanya.