Program Rewang Bubur Lambuk MBPJ, Encorp erat semangat komuniti setempat

Iklan
Rewang Bubur Lambuk MBPJ dan Encorp disempurnakan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon dan Pengerusi Encorp, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff. Rewang Bubur Lambuk MBPJ dan Encorp disempurnakan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon dan Pengerusi Encorp, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.
Rewang Bubur Lambuk MBPJ dan Encorp disempurnakan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon dan Pengerusi Encorp, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.

PETALING JAYA - Program Rewang Bubur Lambuk anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersama Encorp Berhad (Encorp) diadakan bagi mengeratkan semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap komuniti setempat.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingan berkata, kerjasama itu menyaksikan sebanyak 3,000 bekas bubur lambuk diagihkan kepada penduduk sekitar Petaling Jaya dan Kota Damansara sebagai usaha menyemarakkan semangat berkongsi rezeki di bulan penuh keberkatan.

Iklan
Iklan

"Program gotong-royong memasak bubur lambuk ini menyaksikan penglibatan seramai 127 warga kerja Encorp bersama 20 wakil penduduk Kota Damansara yang berganding bahu dalam menyiapkan hidangan tradisi bulan Ramadhan.

"Saya amat berbesar hati melihat semangat gotong-royong yang ditunjukkan peserta. Sambutan antara warga kerja dan penduduk setempat membuktikan betapa eratnya hubungan komuniti dalam memastikan kejayaan program ini,” katanya selepas melancarkan program berkenaan di The Strand Mall pada Khamis.

Iklan

Tambah Mohamad Zahri, MBPJ akan terus memperkasakan inisiatif kemasyarakatan seumpama itu selari dengan aspirasi membentuk Petaling Jaya sebagai sebuah bandar raya mampan, inklusif dan bahagia.

"Pengiktirafan Petaling Jaya sebagai bandar paling bahagia di Malaysia menjadi bukti bahawa keharmonian dan kesejahteraan komuniti sentiasa diutamakan.

Iklan

"Perkara ini sejajar dengan usaha menjadikan ia contoh terbaik dalam aspek pembangunan lestari dan kesejahteraan sosial,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Encorp, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff turut menzahirkan rasa bangga dengan penglibatan syarikat dalam inisiatif kemasyarakatan tersebut.

"Sejajar dengan aspirasi syarikat ‘enlightened corporation makes enlightened nation’, Encorp berpegang teguh kepada nilai muafakat dan tanggungjawab sosial dalam usaha membina masyarakat yang lebih harmoni.

"Semangat muafakat ini tidak terhad kepada satu program sahaja malah diperluaskan merentasi pelbagai inisiatif untuk memberikan impak positif kepada masyarakat dan selari dengan komitmen Encorp dalam memperkukuhkan kesejahteraan komuniti,” ujar beliau.