Tentera tahan empat PATI warga Pakistan

Iklan
Sepasukan anggota tentera menahan empat PATI warga Pakistan di tebing Sungai Golok sebelah Malaysia pada Rabu. Foto hiasan Sepasukan anggota tentera menahan empat PATI warga Pakistan di tebing Sungai Golok sebelah Malaysia pada Rabu. Foto hiasan
Sepasukan anggota tentera menahan empat PATI warga Pakistan di tebing Sungai Golok sebelah Malaysia pada Rabu. Foto hiasan

KOTA BHARU - Sepasukan anggota tentera menahan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Pakistan di tebing Sungai Golok sebelah Malaysia pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam, pasukan operasi yang sedang meronda mengesan sebuah bot dinaiki lima lelaki menyeberangi Sungai Golok menuju ke Malaysia.

Iklan
Iklan

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, hasil soal siasat mendapati kesemua PATI cuba memasuki Malaysia secara haram untuk mencari pekerjaan.

"Pemeriksaan lanjut menemui telefon bimbit, mata wang Pakistan, Thailand dan Malaysia serta beberapa barangan peribadi dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM7,555," menurut kenyataan itu.

Iklan

Kumpulan PATI berkenaan mendakwa mereka telah membayar sejumlah wang kepada ejen di Thailand bagi menguruskan kemasukan ke Malaysia.

"Mereka turut mendakwa bahawa jika berjaya memasuki Malaysia, ejen terbabit yang juga warga tempatan akan bertindak sebagai 'transporter' untuk membawa mereka ke selatan tanah air bagi tujuan bekerja," katanya.

Iklan

Bagaimanapun, lelaki yang dipercayai bertindak sebagai tekong bot berjaya meloloskan diri ke arah Thailand.

Kesemua PATI diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

"Pasukan operasi akan terus memperketatkan kawalan di sempadan negara bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan, khususnya penyeludupan PATI," tambah kenyataan itu.