Jawatan PM: Cadangan Pas boleh timbulkan perpecahan rakyat - MCA

Iklan
Chong Sin Woon Chong Sin Woon
Chong Sin Woon

SHAH ALAM - MCA mendakwa cadangan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man supaya jawatan Perdana Menteri hanya untuk orang Melayu-Islam dikhuatiri boleh menimbulkan perpecahan dalam kalangan rakyat.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon mendakwa, ia juga menjejaskan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam.

Iklan
Iklan

"Gesaan Tuan Ibrahim ini tidak wajar dan nampaknya cuba untuk memadam, mengurangkan status serta sumbangan masyarakat bukan Melayu di Malaysia selain menafikan realiti bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya.

"Perlembagaan Persekutuan negara kita tidak pernah mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada mana-mana etnik atau agama tertentu. Ini membuktikan bahawa Perlembagaan Persekutuan kita mengiktiraf kepelbagaian masyarakat di Malaysia serta peranan dan sumbangan setiap etnik," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Tuan Ibrahim pada Rabu dilapor berkata, Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda dengan menetapkan jawatan Perdana Menteri mesti terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam terlebih dahulu sebelum had dua penggal Perdana Menteri diluluskan.

Beliau berkata, penetapan tersebut sangat penting demi menjamin kestabilan dan mengelak konflik pada masa akan datang.

Iklan

Sin Woon menegaskan, disebabkan itu MCA tidak akan sekali-kali menyokong saranan sedemikian.

"Mengenai cadangan meminda Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja, Pas berhak mengemukakan pandangan mereka.

"Bagaimanapun, berulang kali membangkitkan isu ini daripada perspektif kaum dan agama tidak akan membawa apa-apa kemajuan, rasional atau hasil yang bermakna," ujarnya.