Piala Dunia: Malaysia 'libas' Perancis

Iklan
Skuad takraw negara yang berjuang di Piala Dunia di Bihar. Foto PSM Skuad takraw negara yang berjuang di Piala Dunia di Bihar. Foto PSM
Skuad takraw negara yang berjuang di Piala Dunia di Bihar. Foto PSM

MALAYSIA memulakan aksi pertama Kumpulan B acara kuadran Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2025 dengan langkah kanan selepas menewaskan Perancis 2-0 di Bihar, India hari ini.

Skuad negara yang dibarisi Muhammad Shahalril Aiman Halim, Amirul Zazwan Amir, Norfaizzul Abd Razak dan Muhammad Fetri Mohd Azwadi tidak berdepan masalah untuk memenangi set pertama 15-6 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Patliputra.

Iklan
Iklan

Pada set kedua, Malaysia membuat dua pertukaran dengan kemasukan Aidil Aiman Azwawi dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin sebelum menundukkan gandingan Perancis 15-7.

Skuad negara dijadual beraksi pada perlawanan kedua Kumpulan B menentang Myanmar yang turut diadakan petang ini.

Iklan

Sebelum ini, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) meletakkan sasaran realistik buat acara kuadran iaitu ke pentas akhir.- Bernama

Iklan