Letak tong RORO halang laluan, syarikat kurier dihadap ke mahkamah

Iklan
Mahkamah Telok Datok. Mahkamah Telok Datok.
Mahkamah Telok Datok.

KUALA LANGAT - Tindakan sebuah syarikat kurier meletakkan tong sampah besar 'roll on roll off' (RORO) di atas jalan sehingga menyebabkan halangan di kawasan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengundang padah apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok di sini pada Khamis.

Kesalahan didakwa dilakukan di lorong sebuah kedai di Jalan Bunga Pekan, Banting, di sini.

Iklan
Iklan

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 46(1)(a), Akta Jalan, Parit, dan Bangunan 1974.

Bagaimanapun Majistret, Maslinda Selamat membenarkan permohonan untuk menarik balik kes selepas syarikat itu selaku orang kena saman (OKS), membayar kompaun sebanyak RM150 di MPKL.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Hasrizal Abdul Rahim dan Ahmad Razali Abdul Manaf.

Sementara itu, menerusi kenyataan media, MPKL menasihati orang ramai supaya tidak meletakkan barangan sehingga menyebabkan halangan kecuali di tempat yang dibenarkan.

Iklan

"MPKL tidak akan teragak-agak dalam mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan tersebut," kata kenyataan itu.