PM hulur sumbangan kepada kanak-kanak hidap komplikasi jantung

Iklan
Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarah kanak-kanak itu di Batu Caves, Selangor. Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarah kanak-kanak itu di Batu Caves, Selangor.
Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarah kanak-kanak itu di Batu Caves, Selangor.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada keluarga Harsheeta Sai, kanak-kanak berusia sembilan tahun yang menghidap komplikasi jantung serius.

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarah kanak-kanak itu di Batu Caves, Selangor.

Iklan
Iklan

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Ahmad Farhan berkata, pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Saraswathy, Sungai Buloh itu sedang bertarung dengan paras oksigen antara 70 hingga 75 peratus, jauh lebih rendah daripada paras normal iaitu 95 hingga 99 peratus.

"Demikian itu, adik Harsheeta perlu menjalani rawatan segera di Boston Children’s Hospital, Amerika Syarikat, namun kos rawatan yang mencecah AS$350,000 menjadi satu cabaran besar buat keluarganya," katanya.

Iklan

Ahmad Farhan berkata, sumbangan itu diharap dapat membuka lebih banyak ruang buat masyarakat untuk turut membantu Harsheeta.

Beliau juga mendoakan agar kanak-kanak itu segera mendapat rawatan yang diperlukan dan dikurniakan kesembuhan.- Bernama

Iklan