Majikan perlu daftar pekerja asing: Perkeso Muar

Iklan
Redhuan

MUAR - Perkeso Muar mengingatkan majikan yang mempunyai pekerja asing sah untuk mendaftar di bawah akta Skim Bencana Pekerjaan Pekerja Asing (SBPPA).

Pengurusnya, Redhuan Muda berkata, ia penting selepas undang-undang itu dikuatkuasakan bermula Januari ini.

Iklan
Iklan

"Penggunaan akta baharu ini adalah penting bagi melindungi kebajikan golongan pekerja asing selepas undang-undang ini diputuskan dalam kabinet November lepas.

"Justeru, saya mengingatkan majikan untuk mendaftar kumpulan berkenaan dengan hadir di mana-mana cawangan Perkeso. Saya berharap agar penguatkuasaan ini tidak dipandang remeh oleh majikan,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan
Iklan

Dalam perkembangan lain, Redhuan berkata, Perkeso Muar menerima sehingga 297 kes bagi Pendaftaran Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) melibatkan bayaran RM100,200 sepanjang tahun lalu.