KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter, manakala RON97 naik dua sen dan diesel turun satu sen berkuat kuasa tengah malam ini hingga 6 Mac ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit RON97 dan diesel bagi tempoh tersebut masing-masing RM2.40 dan RM2.13 seliter.
Susulan pengekalan harga runcit petrol RON95, kementerian itu memaklumkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi minyak sebanyak RM6.12 juta bagi tempoh seminggu bermula 29 Februari hingga 6 Mac ini.- Bernama