Bekas pemimpin PKR, UMNO, Shafie temui Muhyiddin

Iklan
Zuraida beredar keluar dari kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara di sini pada jam 6.22 petang tadi.

BUKIT DAMANSARA - Seramai sembilan daripada 11 bekas ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang keluar parti serta Pakatan Harapan (PH) dilihat berada di kediaman Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini sejak petang tadi selepas beliau diumumkan sebagai calon Perdana Menteri kelapan parti itu hari ini.

Bekas Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin dilaporkan tiba pada jam 5.22 petang dengan menaiki kereta berasingan.

Iklan
Iklan

Sementara itu, tujuh yang lain termasuk Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian difahamkan tiba pada jam 6 petang.

Bagaimanapun kelibat bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak kelihatan.

Iklan

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang itu kemudiannya dilihat beredar keluar dari kediaman Muhyidin pada jam 6.22, sementara yang lain masih berada di kediaman tersebut.

Zuraida bagaimanapun enggan mengulas intipati pertemuan dengan Muhyiddin dan terus memasuki kenderaannya.

Iklan

Antara yang kelihatan hadir ialah Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan, serta Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Selain itu,ahli-ahli Parlimen dari Bersatu seperti Datuk Seri Rina Harun, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof turut hadir berjumpa dengan beliau.

Terdahulu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya memaklumkan Bersatu sepakat mencalonkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat ahli-ahli Dewan Rakyat Bersatu yang dihadiri seramai 36 ahli Dewan Rakyat Bersatu di Yayasan Al-Bukhari, Taman Perdana hari ini.