Pasukan sukarelawan Jalinan Wira LTAT hargai pencarum

Iklan
Azizan (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan daripada LTAT kepada Tabung Kebajikan Armada Barat yang diwakili Pegawai Kanan Armada Barat, Kapten Mahamad Nazir Darus. Azizan (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan daripada LTAT kepada Tabung Kebajikan Armada Barat yang diwakili Pegawai Kanan Armada Barat, Kapten Mahamad Nazir Darus.
Azizan (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan daripada LTAT kepada Tabung Kebajikan Armada Barat yang diwakili Pegawai Kanan Armada Barat, Kapten Mahamad Nazir Darus.
LUMUT - Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengaktifkan pasukan sukarelawan Jalinan Wira dengan menyantuni warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Program Mahabbah Kasih Ramadan 2025.

Program ini mencerminkan semangat Malaysia Madani dalam membentuk ekosistem ekonomi yang lebih inklusif, dengan menekankan sokongan padu terhadap kebajikan warga dan veteran ATM, khususnya pencarum LTAT.

Program ini merupakan inisiatif nilai tambah bagi warga ATM, melangkaui mandat sedia ada LTAT yang berfokus pada peningkatan sosioekonomi dan perlindungan sosial pencarumnya selaras dengan agenda ekonomi Madani.

Ketua Eksekutifnya, Mohammad Ashraf Md Radzi berkata, program tersebut merupakan satu bentuk penghargaan kepada wira dan wirawati negara yang berdedikasi dalam melaksanakan tugas di sempadan dan perairan tanah air.

Mohammad Ashraf mengagihkan bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa kepada pasukan KD Laksamana Tun Abdul Jamil pada program Mahabbah Kasih Ramadan LTAT 2025.  Mohammad Ashraf mengagihkan bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa kepada pasukan KD Laksamana Tun Abdul Jamil pada program Mahabbah Kasih Ramadan LTAT 2025. 
Mohammad Ashraf mengagihkan bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa kepada pasukan KD Laksamana Tun Abdul Jamil pada program Mahabbah Kasih Ramadan LTAT 2025. 
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Menurut beliau, kempen yang dilancarkan sejak tahun 2024 itu juga dapat meningkatkan kesedaran tentang peranan penting pasukan dalam menjaga keselamatan negara.

Jelas Mohammad Ashraf, pasukan sukarelawan yang dikendalikan sepenuhnya oleh 170 warga kerja LTAT itu menjadi satu platform khusus dalam membalas jasa warga ATM yang juga pencarum.

"Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen teguh LTAT dalam menghargai pengorbanan wira dan wirawati negara terutamanya ketika bulan Ramadan dan Syawal.

MOHAMMAD ASHRAF


"Kami turun padang dan berinteraksidengan pencarum ketika bertugas. Di sini barulah kami benar-benar dapat menghargai betapa sukarnya dari segi teknikal dan cabaran dihadapi mereka di lapangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Mahabbah Kasih Ramadan LTAT 2025 Jalinan Wira bersama Markas Pemerintahan Armada Barat di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada Khamis.

Hadir sama Pengerusi LTAT, Jeneral (B) Tan Sri Azizan Ariffin; Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Mohamad Azuwan Harun dan barisan pegawai kanan Markas Pemerintahan Armada Barat.

Ketua Jabatan Hartanah LTAT, Zairuddy Zainal (tiga dari kiri) bersama Pegawai Pemerintah Kem, Leftenan Kolonel Mohd Ezrin Daud (kiri), menyampaikan bubur lambuk kepada anggota 5 Rejimen Sempadan, Kem Bukit Kayu Hitam, Kedah.


Program santuni warga ATM turut berjaya dilaksanakan di Batalion Ke-5 Rejimen Sempadan, Kem Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 13 Mac lalu.

Dengan kerjasama itu, LTAT telah menganjurkan penyediaan dan pengagihan lebih 1,600 bungkusan bubur lambuk serta majlis berbuka puasa bersama anggota ATM selain menyampaikan sumbangan kewangan dan taklimat literasi kewangan.

Dalam menjaga kebajikan anggota ATM, Yayasan LTAT dan LTAT turut bersama-sama menyampaikan bantuan kewangan kepada 17 anggota ATM serta ahli keluarga di Batalion ke-5 Rejimen Sempadan, Kem Bukit Kayu Hitam, Kedah, yang menghadapi cabaran kesihatan kritikal.

Sesi Penyediaan bubur lambuk oleh Pasukan Sukarelawan Jalinan Wira LTAT dan Warga Markas Pemerintahan Armada Barat.


Mohammad Ashraf berkata, LTAT turut menyampaikan taklimat celik kewangan bagi memberi pendedahan kepada anggota ATM mengenai pengurusan kewangan, perlindungan sosial serta manfaat persaraan.

Tambahnya, program literasi kewangan yang dilancarkan sejak November 2023 itu merupakan usaha pihaknya memperkasakan sosioekonomi anggota lain-lain pangkat.

"Matlamat kami adalah untuk mendidik rekrut baru sejak awal perkhidmatan agar mereka dapat belajar cara mengurus pendapatan mereka dengan lebih baik.

"Selain itu, kami juga memberi gambaran jelas mengenai prospek kewangan agar mereka dapat merancang masa depan dengan lebih baik,” ujarnya.

Dedikasi luar biasa



Mohammad Ashraf berkata, LTAT bukan sekadar sebuah institusi pengurusan dana, ia juga benteng yang menjaga kepentingan lebih 120,000 pencarum di seluruh negara.

Tegas beliau, menjadi komitmen LTAT dalam memastikan sumbangan bermakna kepada ATM terus diperkasakan.

"Inisiatif ini adalah salah satu usaha warga LTAT untuk menzahirkan penghargaan terhadap pengorbanan anggota ATM yang tanpa henti, tetap teguh menjalankan tugas demi menjaga keselamatan negara.

"Warga kerja LTAT menunjukkan dedikasi luar biasa dalam melangkaui tanggungjawab harian sama ada menyediakan bubur lambuk di bulan Ramadan, membantu veteran ketika bencana banjir atau terlibat memelihara alam sekitar.

"Komitmen ini adalah untuk membalas jasa mereka yang telah mengabdikan hidup demi negara,” katanya.

Tambah Mohammad Ashraf, LTAT terus memperkukuhkan komitmen terhadap kebajikan jangka panjang wira dan wirawati negara, memastikan khidmat bakti, pengorbanan serta dedikasi mereka akan sentiasa dihargai serta dikenang.