Sunway, Tengku Permaisuri Selangor bawa kegembiraan kepada 300 anak asnaf

Iklan
Keberangkatan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan kehadiran bersama pengasas dan Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Sir Dr. Jeffrey Cheah telah menggembirakan lebih 300 anak yatim dan dan kanak-kanak asnaf sempena Ramadan serta kedatangan Syawal nanti. Keberangkatan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan kehadiran bersama pengasas dan Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Sir Dr. Jeffrey Cheah telah menggembirakan lebih 300 anak yatim dan dan kanak-kanak asnaf sempena Ramadan serta kedatangan Syawal nanti.
Keberangkatan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan kehadiran bersama pengasas dan Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Sir Dr. Jeffrey Cheah telah menggembirakan lebih 300 anak yatim dan dan kanak-kanak asnaf sempena Ramadan serta kedatangan Syawal nanti.

KUALA LUMPUR – Dalam erti semangat memberi yang sebenar, lebih daripada 300 kanak-kanak kurang bernasib baik dari sembilan rumah kebajikan di seluruh Selangor menikmati hari penuh kegembiraan dengan membeli-belah untuk raya serta pelbagai aktiviti menarik anjuran Sinar Ramadan.

Majlis berbuka puasa yang penuh bermakna ini turut diserikan dengan keberangkatan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, bersama pengasas dan Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Sir Dr. Jeffrey Cheah.

Iklan
Iklan

Turut hadir ialah lebih 100 sukarelawan Sunway dari pelbagai bahagian perniagaan serta 60 sukarelawan Selangor Youth Community (SAY), yang bersama-sama menyebarkan kasih sayang kebaikan dan keceriaan perayaan.

Kanak-kanak asnaf tersentuh tersentuh dengan sifat ramah, mesra dan prihatin Tengku Permaisuri Norashikin. Kanak-kanak asnaf tersentuh tersentuh dengan sifat ramah, mesra dan prihatin Tengku Permaisuri Norashikin.
Kanak-kanak asnaf tersentuh tersentuh dengan sifat ramah, mesra dan prihatin Tengku Permaisuri Norashikin.


Sukarelawan mengiringi kanak-kanak ini membeli-belah di Sunway Pyramid sebelum mereka terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti membuat kad raya, seni kraf origami, persembahan badut serta klinik sepakan penalti oleh Selangor FC. Mereka kemudiannya berbuka puasa bersama di Sunway Resort Hotel.

Iklan

Program Sinar Ramadan merupakan tradisi yang dihargai di bawah inisiatif #SunwayforGood. Setiap tahun, program tanggungjawab sosial korporat utama ini memberi manfaat kepada lebih 20,000 individu di seluruh negara, memupuk semangat kebersamaan dan kemasyarakatan sepanjang bulan Ramadan yang mulia.

Inisiatif ini juga menyaksikan Sunway mengagihkan bubur lambuk, hidangan berbuka puasa, barangan runcit serta bakul makanan kepada isi rumah dan keluarga yang kurang berkemampuan di seluruh negara.

Iklan



Ketua Pegawai Strategi Jenama Sunway Group, Nik Tasha Nik Kamaruddin berkata, Sinar Ramadan mencerminkan komitmen berterusan Sunway dalam menyebarkan keceriaan perayaan kepada komuniti rentan sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

"Program CSR sentiasa menjadi sebahagian daripada DNA Sunway, dengan komitmen untuk tidak meninggalkan sesiapa di belakang, sejauh mana yang mampu.

"Seperti yang selalu dikatakan oleh pengasas dan pengerusi kami, Tan Sri Sir Dr. Jeffrey Cheah – tiada syarikat yang boleh hidup terpisah daripada komuniti yang dilayaninya,” ujarnya.

Dr Jeffrey Cheah juga kelihatan seronok melayan telatah kanak-kanak kurang berkemampuan yang diraikan itu.


#SunwayforGood ialah inisiatif CSR yang memfokuskan kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan program pemerkasaan komuniti bagi membantu golongan rentan di seluruh negara.

Sejak diperkenalkan, #SunwayforGood telah memberi kesan positif kepada lebih 500,000 penerima manfaat dan berhasrat untuk menyentuh kehidupan berjuta-juta lagi di seluruh negara pada masa akan datang.