De Jong gembira kembali bersama Belanda

Iklan
Frenkie de Jong Frenkie de Jong
Frenkie de Jong

FRENKIE de Jong meluahkan kegembiraannya apabila kembali menyarung jersi Belanda, selepas seri 2-2 menentang Sepanyol dalam aksi suku akhir pertama Liga Negara-Negara Eropah di Stadium De Kuip, Rotterdam.

Akibat kecederaan dan proses pemulihan, De Jong terlepas saingan Euro tahun lalu dan lima daripada enam aksi peringkat kumpulan Liga Negara-Negara Eropah.

Iklan
Iklan

Penampilannya selama 73 minit menentang Sepanyol adalah tempoh permainan terpanjangnya untuk Belanda sejak final Liga Negara-Negara Eropah 2023.

"Saya telah kembali beberapa lama sebenarnya. Tetapi saya masih perlu meningkatkan kecergasan, kerana saya benar-benar kehabisan tenaga pada satu ketika.

Iklan

"Agak cepat juga, itu turut mengejutkan saya. Mungkin ia hanya sekali sahaja, kerana di Barcelona saya tidak terlalu teruk. Ia mungkin juga disebabkan keadaan saya yang kurang sihat," ujar bekas pemain Ajax Amsterdam tersebut.

Pemain tengah itu sebelum ini diragui untuk beraksi dalam perlawanan Jumaat selepas terlepas perlawanan LaLiga menentang Atletico Madrid akibat sakit.

Iklan

Belanda terikat seri 2-2 menentang Sepanyol selepas Mikel Merino menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan.

Gol pembukaan Sepanyol berpunca daripada kesilapan pertahanan Ajax, Jorrel Hato, yang kehilangan bola kepada Lamine Yamal.

Biarpun begitu, De Jong, tetap memuji persembahan rakan sepasukannya, yang berjaya menyekat Yamal daripada melakukan sebarang larian dribel yang berjaya.

"Kesilapan boleh berlaku, dan saya rasa Hato bermain dengan sangat baik. Sangat mengagumkan, selepas gol pertama itu, tetapi saya rasa dia bermain dengan cemerlang.

"Melakukan kesilapan adalah perkara biasa, anda hanya perlu teruskan. Terus menunjukkan keberanian dan bermain dengan yakin.

"Dia telah melakukannya, dan itu sangat bijak apabila anda masih muda," kata De Jong.