Pemilihan PKR: Empat tokoh boleh beri saingan kepada Rafizi

Iklan
Gambar dari kiri: Amirudin, Nurul Izzah, Saifuddin, Shamsul Iskandar Gambar dari kiri: Amirudin, Nurul Izzah, Saifuddin, Shamsul Iskandar
Gambar dari kiri: Amirudin, Nurul Izzah, Saifuddin, Shamsul Iskandar

PUTRAJAYA - Empat tokoh dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat layak memberi saingan kepada Datuk Seri Rafizi Ramli pada pemilihan parti Mei depan.

Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin antara individu yang boleh merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, beliau menggalakkan suatu permuafakatan dicapai dalam kalangan pemimpin kanan untuk suatu keputusan terbaik buat parti.

"Saya beranggapan respons kepada Rafizi itu perlu dengan mengambil pendekatan dalam kalangan mereka yang layak supaya demokrasi terus subur dalam parti tetapi dalam masa sama tidak mengorbankan kepentingan lebih besar,” katanya pada Jumaat.

Iklan

Terdahulu, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi mengumumkan akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu yang berlangsung pada 24 Mei depan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelak pergolakan dalaman parti yang boleh memberi kesan negatif kepada kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

Iklan

Rafizi menyandang jawatan itu sejak pemilihan PKR 2022 selepas menewaskan Saifuddin Nasution.

Mengulas lanjut, Yusmadi berkata, selain empat nama itu, terdapat ramai tokoh lain yang boleh dipertimbang untuk diketengahkan.

"Saya percaya PKR mempunyai ramai tokoh kerana parti yang berusia 25 tahun ini telah matang dan mempunyai pemimpin kanan.

"PKR juga telah diuji sebagai pembangkang dan sekarang telah menjadi kerajaan.

"Ramai menteri (dilantik) daripada PKR, saya percaya mereka ini perlu memberi pertimbangan untuk respons,” katanya.