Jepun bukan pelengkap kumpulan di Piala Dunia

Iklan
Jepun muncul pasukan pertama layak ke Piala Dunia 2026. Jepun muncul pasukan pertama layak ke Piala Dunia 2026.
Jepun muncul pasukan pertama layak ke Piala Dunia 2026.

KAPTEN Jepun, Wataru Endo menegaskan pasukannya mempunyai sasaran yang lebih tinggi daripada sekadar layak ke Piala Dunia tahun depan.

Skuad Samurai Biru kendalian Hajime Moriyasu menjadi pasukan pertama layak ke Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Bahrain 2-0 dalam saingan Kumpulan C di Saitama.

Iklan
Iklan

Menurut Endo, kehadiran Jepun di bumi Amerika Utara bukan sekadar pelengkap jadual sebaliknya mahu mencipta impak.

"Kami menyasarkan sesuatu yang lebih tinggi dan tiada seorang pun antara kami yang berpuas hati pada tahap ini," kata bintang Liverpool itu.

Iklan

Di bawah bimbingan Moriyasu, Jepun berjaya menewaskan Sepanyol dan Jerman dalam peringkat kumpulan Piala Dunia 2022 sebelum tersingkir kepada Croatia menerusi penentuan penalti di pusingan kedua.

Jepun pernah mara ke peringkat yang sama pada edisi 2002, 2010 dan 2018, tetapi masih belum mampu melangkah lebih jauh.

Iklan

Piala Dunia 2026 dihoskan secara bersama oleh Mexico, Kanada dan Amerika Syarikat.