BACHOK - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan rokok seludup selepas merampas 822,400 batang rokok seludup dianggarkan bernilai RM554,675 termasuk cukai dalam dua serbuan berasingan di Bukit Marak, di sini pada 9 Mac lalu.
Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, dalam serbuan pertama sekitar jam 1.30 petang, pihaknya berjaya menahan sebuah pikap jenis Toyota Hilux selepas dikesan berada dalam keadaan mencurigakan.