Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke London

Iklan

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines akan menyambung semula operasi penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Heathrow, London hari ini.

Menurut syarikat penerbangan itu dalam catatan di laman X, penerbangan yang beroperasi mengikut jadual ialah MH4 (Kuala Lumpur ke Heathrow London) dan MH1 (Heathrow London ke Kuala Lumpur).

Iklan
Iklan

Malaysia Airlines menasihatkan penumpang untuk mengemas kini maklumat hubungan mereka di bahagian ‘My Booking’ di laman web atau aplikasi mudah alih untuk menerima makluman penting dengan segera.

Lapangan terbang itu ditutup pada Jumaat selepas berlaku kebakaran di sebuah stesen janakuasa elektrik berhampiran menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Iklan

Menurut laporan berita, lebih 1,300 penerbangan, termasuk empat penerbangan Malaysia Airlines, terjejas akibat penutupan tersebut, menyaksikan penerbangan dialihkan atau kembali ke destinasi asal mereka. - Bernama

Iklan