Terbuka Switzerland: Shevon akui rentak hambar punca kecundang

Iklan
Cabaran Soon Huat-Shevon dalam Terbuka Switzerland di Basel terhenti di suku akhir. - Foto: Bernama Cabaran Soon Huat-Shevon dalam Terbuka Switzerland di Basel terhenti di suku akhir. - Foto: Bernama
Cabaran Soon Huat-Shevon dalam Terbuka Switzerland di Basel terhenti di suku akhir. - Foto: Bernama

PEMAIN beregu campuran negara, Shevon Lai, mengakui kegagalan mengekalkan rentak permainan menjadi punca kekalahan dia dan pasangannya, Goh Soon Huat di peringkat suku akhir Terbuka Switzerland di Basel.

Menurut Shevon, kelemahan tersebut memberi peluang kepada pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran untuk menguasai permainan yang berlangsung selama 34 minit.

"Hari ini (semalam), corak permainan kami agak kurang baik, terutamanya dari segi rentak dan kepantasan. Keadaan ini membolehkan lawan mengawal hampir keseluruhan perlawanan.

Iklan
Iklan

Bukan aksi terbaik kami. Memang kecewa kerana gagal mempertahankan kejuaraan tahun lalu, tetapi inilah sukan – ada kalah, ada menang, dan kami perlu terima keputusan."

"Apa yang pasti, kami perlu menganalisis kelemahan dan mencari cara untuk memperbaiki prestasi bagi kejohanan seterusnya,” katanya.

Iklan

Dalam aksi di St Jakobshalle, Shevon-Soon Huat yang turun selaku pilihan utama kejohanan, tewas straight set 18-21, 10-21 kepada Dechapol-Supissara dalam kejohanan Super 300 itu.

Sebagai rekod, pada edisi 2024, Shevon-Soon Huat menjuarai Terbuka Switzerland selepas menewaskan rakan senegara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, 21-16, 21-13 dalam perlawanan akhir.

Iklan