Brady 'kunci' Edwards di London

Iklan
Brady Brady
Brady

PETARUNG Amerika Syarikat, Sean Brady mencipta sensasi dalam kariernya apabila menundukkan bekas juara welterweight, Leon Edwards, dalam UFC London di O2 Arena, London.

Kejayaan ini bukan sahaja mendapat sorakan penonton tuan rumah, malah melonjakkan reputasi Brady sebagai pencabar utama untuk gelaran juara dunia disandang rakan senegaranya, Belal Muhammad.

Iklan
Iklan

Brady mendominasi pertarungan sebelum kuncian guillotine memaksa Edwards menyerah kalah pada minit 1:39 pusingan keempat.

Belal Muhammad dijadualkan mempertahankan gelarannya menentang petarung Australia, Jack Della Maddalena di UFC 315 pada Mei, menyaksikan Brady kini berada di kedudukan teratas untuk bertemu pemenang pertarungan itu.

Iklan

Edwards, 33 tahun, yang kembali beraksi selepas kehilangan gelaran juara dunia kepada Belal Muhammad pada Julai tahun lalu, berjaya menahan tekanan serangan berterusan Brady pada pusingan pertama.

Namun, sebaik sahaja Brady membawa pertarungan ke lantai, momentum pertarungan mula berubah.

Iklan

Brady menguasai pusingan kedua dan ketiga dengan mengawal Edwards di lantai, mengancam dengan teknik kuncian dan melancarkan pukulan padu ketika lawannya yang kelahiran Jamaica itu bergelut untuk melepaskan diri.

Aksi Brady menentang Edwards di O2 Arena, London. Aksi Brady menentang Edwards di O2 Arena, London.
Aksi Brady menentang Edwards di O2 Arena, London.

Edwards berjaya mematahkan beberapa percubaan jatuhan, tetapi Brady tidak mengenal erti putus asa menghadirkan tekanan kepada lawannya tersebut.

Apabila Edwards mula goyah pada awal pusingan keempat, Brady mula meningkatkan tekanan tinggi.

Brady bijak mempelbagaikan ancamannya, memberi isyarat percubaan kuncian bahu sebelum pantas menukar fokus dan mengunci lengan kanannya di bawah dagu lawannya, memberi tekanan tinggi sehingga memaksa Edwards menyerah kalah.

Edwards sepatutnya berdepan Della Maddalena, tetapi dia menarik diri dan dipilih sebagai lawan seterusnya Belal Muhammad, memberi peluang kepada Brady untuk tampil sebagai pengganti.