Isteri bunuh, potong mayat suami, sorok dalam tong bersimen

Iklan
Muskan mengaku membunuh suaminya dan menyembunyikan mayat mangsa di dalam tong yang dipenuhi simen. Muskan mengaku membunuh suaminya dan menyembunyikan mayat mangsa di dalam tong yang dipenuhi simen.
Muskan mengaku membunuh suaminya dan menyembunyikan mayat mangsa di dalam tong yang dipenuhi simen.

NEW DELHI - Seorang bapa di Meerut, India, mendesak hukuman mati dijatuhkan terhadap anak perempuannya selepas wanita itu mengaku membunuh suaminya dan menyembunyikan mayat mangsa di dalam tong yang dipenuhi simen.

Memetik laporan berita Asian News International (ANI), Muskan Rastogi mengaku menikam suaminya, Saurabh Rajput hingga mati pada 4 Mac dengan bantuan rakannya, Sahil Shukla.

Iklan
Iklan

Kedua-duanya mengaku melakukan perbuatan tersebut sebelum bertindak memotong mayat mangsa dan menyembunyikannya di dalam tong yang diisi simen.

Bapa kepada Muskan, Pramod menyifatkan tindakan anaknya sebagai sangat salah dan menegaskan bahawa menantunya, Saurabh, berhak mendapat keadilan.

Iklan

"Apa yang dia lakukan sangat salah, menantu saya berhak mendapat keadilan. Keputusan kes ini perlu disegerakan dan saya mahukan hukuman mati untuknya," katanya.

Pramod memainkan peranan penting dalam menyelesaikan kes itu apabila dia menggesa Muskan untuk mengaku jenayahnya semasa dalam perjalanan ke balai polis.

Iklan

Sementara itu, ibu Muskan, Kavita melahirkan rasa kesal kerana anaknya tidak berkongsi masalah dengan mereka, selain menekankan kepentingan berkomunikasi antara ibu bapa dengan anak-anak.

"Anak saya telah melakukan kesilapan besar. Saya sering bertanya apa masalahnya, tetapi dia terus berahsia.

"Jika dia berkongsi masalahnya, dia tidak akan berada dalam keadaan ini," ujarnya.

Muskan Rastogi mengaku menikam suaminya, Saurabh Rajput hingga mati pada 4 Mac dengan bantuan rakannya, Sahil Shukla.

Dalam pada itu, Superintenden Bandar Meerut, Ayush Vikram Singh berkata, Saurabh yang bekerja sebagai kelasi kapal, pulang ke rumah pada 4 Mac lalu dan dilaporkan hilang sejak itu.

"Hasil soal siasat, Sahil mengaku bahawa dia dan Muskan menikam Saurabh hingga mati pada 4 Mac.

"Mereka kemudian memotong-motong mayat mangsa dan menyembunyikannya di dalam tong simen," menurutnya.

Polis telah menahan Muskan dan Sahil, dan kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan India.