SKMM turun padang tinjau capaian internet DUN Ayer Kuning

Iklan
Mohd Azlan bercakap kepada pemberita pada Ahad. Mohd Azlan bercakap kepada pemberita pada Ahad.
Mohd Azlan bercakap kepada pemberita pada Ahad.

GOPENG - Capaian internet dan telekomunikasi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning akan dipertingkatkan bagi memastikan perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) April depan berjalan lancar.

Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Hemi berkata, terdapat aduan berlakunya gangguan perkhidmatan tersebut terutama di kawasan kampung dan pedalaman yang disebabkan capaian yang lemah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, susulan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil inisiatif turun padang bagi meninjau situasi sebenar di lokasi terlibat.

"Saya juga terima makluman daripada Menteri Besar tentang masalah ini dan telah minta SKMM turun lapangan untuk melihat keadaan bermula Isnin ini.

Iklan

"Di peringkat kerajaan negeri, kita bersiap sedia untuk mengoptimumkan lagi sambungan bagi meningkatkan rangkaian pelayaran internet ini. Cuma kita nak kenal pasti dahulu di mana kawasan hotspot yang perlu diberi tumpuan," katanya.

Mohd Azlan (kanan) menyantuni salah seorang penerima program Meriah Beraya Sejahtera Bersama 2025 di Pasar Raya Mydin, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak di Gopeng pada Ahad. Mohd Azlan (kanan) menyantuni salah seorang penerima program Meriah Beraya Sejahtera Bersama 2025 di Pasar Raya Mydin, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak di Gopeng pada Ahad.
Mohd Azlan (kanan) menyantuni salah seorang penerima program Meriah Beraya Sejahtera Bersama 2025 di Pasar Raya Mydin, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak di Gopeng pada Ahad.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan program Meriah Beraya Sejahtera Bersama 2025 di Pasar Raya Mydin, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak di sini pada Ahad.

Iklan

Dalam majlis itu, seramai 200 keluarga dalam DUN Tualang Sekah terpilih menerima wang tunai RM150 bagi membeli keperluan dan persiapan raya melibatkan peruntukan keseluruhan RM30,000.

Mohd Azlan yang juga ADUN Tualang Sekah berkata, langkah segera menangani masalah liputan di DUN Ayer Kuning perlu dilakukan, mengambil kira peningkatan jumlah pengguna sepanjang PRK berlangsung.

Katanya, untuk jangka masa panjang, kerajaan negeri sedang merancang pemasangan beberapa menara telekomunikasi baharu bagi memberi liputan lebih baik di kawasan tersebut.

"Dengan adanya PRK, sudah pasti kawasan ini menjadi tumpuan ramai dan sedikit sebanyak akan mengakibatkan gangguan terhadap keupayaan menara (telekomunikasi) sedia ada.

"Ini yang kita mahu atasi secepat mungkin supaya dalam proses demokrasi ini, semua pihak boleh menggunakan talian internet dengan selesa," katanya.