Dua suspek curi kabel lari tinggalkan kereta tengah jalan sesak

Iklan
Video kejadian yang tular di media sosial, memaparkan sebuah kereta peronda polis tiba-tiba menahan kereta jenis Perodua Bezza di Jalan Kuching pada awal pagi Ahad. Video kejadian yang tular di media sosial, memaparkan sebuah kereta peronda polis tiba-tiba menahan kereta jenis Perodua Bezza di Jalan Kuching pada awal pagi Ahad.
Video kejadian yang tular di media sosial, memaparkan sebuah kereta peronda polis tiba-tiba menahan kereta jenis Perodua Bezza di Jalan Kuching pada awal pagi Ahad.

KUALA LUMPUR - Aksi dramatik bak babak filem berlaku di Jalan Kuching pada awal pagi Ahad, apabila dua lelaki dipercayai terlibat dalam kes curi kabel nekad meninggalkan kenderaan di tengah jalan yang sesak sebelum melarikan diri.

Video kejadian yang tular di media sosial itu pada mulanya memaparkan sebuah kereta peronda polis tiba-tiba menahan kereta jenis Perodua Bezza di lokasi berkenaan.

Iklan
Iklan

Dua individu yang melihat kenderaan peronda polis kemudiannya bertindak meninggalkan kenderaan dinaiki di tengah jalan yang sesak itu serta melarikan diri sebelum dikejar anggota polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, kejadian itu melibatkan suspek yang dipercayai terlibat dalam kecurian kabel.

Iklan

"Dalam kejadian sekitar jam 3.45 pagi, kenderaan dinaiki suspek dikejar dari Taman Rainbow, Sentul hingga ke Jalan Kuching.

"Suspek sebelum itu dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan sebelum anggota polis yang menjalankan rondaan kemudian bertindak mengejarnya," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Iklan

Jelas beliau, pemeriksaan ke atas kenderaan yang ditinggalkan menemukan pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk mencuri kabel.

"Semakan lanjut mendapati kenderaan itu didaftarkan atas nama sebuah syarikat penyewaan kenderaan. Polis kini sedang giat mengesan suspek terlibat bagi membantu siasatan," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.