AMMAN - Raja Jordan, Raja Abdullah II, bertitah terdapat keperluan mendesak untuk tindakan segera pihak antarabangsa bagi menghentikan serangan berterusan Israel ke atas Gaza serta memastikan gencatan senjata kekal menerusi panggilan telefon dengan Perdana Menteri Britain Keir Starmer pada Sabtu (22 Mac).
Baginda menekankan kepentingan menyambung semula bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi mengelakkan situasi kemanusiaan yang sudah pun kritikal daripada menjadi lebih buruk.
Raja Abdullah turut mengulangi pendirian tegas Jordan menentang pengusiran paksa rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.
Selain itu, baginda bertitah bahawa terdapat risiko besar yang timbul akibat serangan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat serta pelanggaran berterusan ke atas tapak suci Islam dan Kristian di Baitulmaqdis. - Bernama