Geng 'Gi Mekoh Nga Mutor' kini di Arab Saudi

Iklan
Kekuatan mental dan fizikal memainkan peranan utama kepada tiga sahabat ini untuk mengecapi misi menunaikan umrah mereka.

KOTA BHARU – Walaupun berdepan kesukaran untuk memasuki Arab Saudi, namun tiga sahabat dari geng 'Gi Mekoh Nga Mutor' tetap tidak patah semangat sehinggalah mereka dibenarkan memasuki wilayah Timur Tengah itu.

Mohamad Fadhli Ab Rashid ketika dihubungi Sinar Harian memberitahu, semua urusan mereka di sempadan tersebut berjalan lancar walaupun pada mulanya mereka dikatakan berdepan kesukaran untuk mendapatkan kelulusan visa.

Iklan
Iklan

"Alhamdulilah, kami semua sihat di sini (Arab Saudi). Semua urusan di sempadan berjalan lancar. Tapi saya akui memang mencabar dan mendebarkan juga semasa urusan untuk memasuki Arab Saudi, risau ‘tidak lepas’.

"(Ini kerana) sebelum ini ada mereka yang cuba nak masuk dengan motor atau basikal, juga tidak lepas. Alhamdulilah urusan kami dipermudahkan,” katanya.

Iklan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan hasrat tiga sahabat iaitu Ahmad Zalani Zulkifli, 64, Diami Yusoff, 58 dan Mohamad Fadhli Ab Rashid, 40, yang mencabar diri mereka untuk mencipta sejarah dengan mengembara menunaikan umrah melalui jalan darat menggunakan kapcai.

Misi yang bermula di Kelantan itu akan melalui lapan negara dengan jarak kira-kira 14,000 kilometer dan ketika ini, mereka sudah pun melepasi jarak 10,200 kilometer dan sudah memasuki hari ke 72.

Iklan