Mayat dua beradik lemas ditemui

Iklan
Anggota penyelamat mengangkat mayat dua beradik yang ditemui di Sungai Jelai pagi ini. - Foto PDRM

LIPIS - Mayat dua beradik yang lemas selepas dibawa arus deras Sungai Jelai di sini pada Khamis lalu ditemui pagi ini.

Mangsa pertama, Siti Suhaida Mohd Rosli, 15, ditemui pada jam 8.40 pagi iaitu kira-kira 1.5 kilometer (km) dari kawasan kejadian oleh anggota polis manakala Siti Nur Hidayah Mohd Rosli, 19, ditemui pada jam 9.20 pagi oleh anggota bomba kira-kira 3km dari tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kedua-dua mayat mangsa ditemui terapung dan tersangkut pada kayu.

Menurutnya, mayat dua beradik itu dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat.

Iklan

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk hari ketiga bermula jam 8 pagi tadi membabitkan enam pegawai dan 48 anggota terdiri pihak polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta 10 penduduk kampung selain beberapa jentera bot.

"Operasi tamat pada jam 9.45 pagi tadi selepas kedua-dua mangsa berjaya ditemui pagi ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan
Mohd Azli (tengah) ketika menyampaikan sesi taklimat sebelum operasi SAR dijalankan pagi tadi. - Foto PDRM

Sebelum ini, kedua-dua mangsa dilaporkan bersama tiga beradik lain pergi ke sungai terbabit dekat Taman Rekreasi Kampung Tanjung Gahai di sini pada Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa pada mulanya bermain di gigi air sebelum bergerak ke tengah sungai dan dibawa arus sungai terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik dikhuatiri lemas di Sungai Jelai