Muhyiddin menghadap Agong, bawa suara Perikatan Nasional

Iklan
Muhyiddin bersama pemimpin-pemimpin UMNO, Pas dan GPS sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi tadi.

BUKIT DAMANSARA - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau kini mewakili suara Perikatan Nasional yang dibentuk bersama UMNO, Pas, Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Menurutnya, beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi untuk mempersembahkan dokumen Perikatan Nasional supaya mendapat perkenan Seri Paduka.

Iklan
Iklan

Muhyiddin juga menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan nama beliau sebagai calon Perdana Menteri kelapan.

Turut mengiringi Muhyiddin ke Istana Negara ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Iklan

Muhyiddin ketika ditemui media di pekarangan kediamannya sebelum berangkat ke Istana Negara pada jam 10 pagi tadi berkata, hasrat Perikatan Nasional untuk melakukan terbaik demi menyelamatkan negara daripada apa yang sedang berlaku sekarang.

"Kami semua dari Perikatan Nasional. Semua orang yang anda lihat di sini akan pergi ke Istana Negara dengan dokumen ini yang kami bawa untuk mencari perkenan Seri Paduka.

ARTIKEL BERKAITAN: Yang di-Pertuan Agong belum yakin pilih Perdana Menteri

Tiada sidang khas 2 Mac ini, kata Speaker

Kronologi hari ke-6: Anwar dakwa PH mempunyai majoriti

Iklan
"Hasrat kami adalah untuk melakukan yang terbaik bagi menyelamatkan negara daripada apa yang sedang berlaku sekarang. Kami mempunyai matlamat yang ikhlas dan meminta semua rakyat Malaysia untuk mendirikan solat dan menunjukkan sokongan kepada usaha untuk memastikan kejayaan kami.

"Saya meminta semua orang untuk berdoa dan semoga kami akan menerima berkat daripada ALLAH," katanya.