Nepal bukan lagi 'mangsa mudah' Harimau Malaya

Iklan
Davies. Davies.
Davies.

PERTEMBUNGAN Harimau Malaya menentang Nepal dalam aksi pembuka tirai Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam esok, dijangka sengit dan mencabar.

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Matthew Davies, menegaskan bahawa kemenangan besar 5-1 dalam aksi persahabatan tertutup di Stadium UiTM Shah Alam tahun lalu bukan lagi ukuran sebenar kekuatan Nepal.

Iklan
Iklan

Davies memberi amaran bahawa Nepal kini tampil dengan wajah baharu yang lebih mantap, hasil sentuhan jurulatih Matthew Ross.

Kejayaan mereka menundukkan Singapura 1-0 dalam aksi persahabatan baru-baru ini membuktikan peningkatan ketara pasukan itu.

Iklan

"Nepal telah menunjukkan peningkatan taktikal yang ketara di bawah bimbingan jurulatih baharu mereka. Mereka kini lebih serasi dengan corak permainan yang diterapkan

"Oleh itu, kami perlu turun dengan kewaspadaan yang tinggi,” kata Davies.

Iklan

Davies menegaskan bahawa Harimau Malaya tidak boleh memandang rendah kemampuan Nepal dan perlu mengekalkan konsistensi sepanjang perlawanan.

"Kami perlu bermain mengikut pelan taktikal yang ditetapkan dan mengelak daripada tekanan untuk memulakan kempen kelayakan ini dengan keputusan positif,” tambahnya.

Harimau Malaya diundi bersama Vietnam dan Laos dalam Kumpulan F. Hanya juara kumpulan layak ke pusingan akhir Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

Dendam kekalahan bakar semangat pemain Nepal

Kapten Nepal, Kiran Kumar Limbu, enggan terus dibelenggu memori kekalahan memalukan 1-5 kepada Malaysia dalam aksi persahabatan tertutup tahun lalu.

Sebaliknya, pemain berusia 35 tahun itu bertekad untuk menjadikan kekalahan di Stadium UiTM Shah Alam itu sebagai pemangkin kebangkitan pasukannya dalam perlawanan menentang Harimau Malaya, malam esok.

"Kekalahan itu sememangnya memberi kesan kepada kami, tetapi kami mengambilnya sebagai pengajaran berharga untuk bangkit semula.

"Saya percaya, memori pahit itu telah kami lupakan dan kini kami fokus untuk memberikan yang terbaik menentang Malaysia,” kata Kiran.

Kiran mengakui bahawa Nepal berada dalam kumpulan yang mencabar, dengan kehadiran Malaysia, Vietnam, dan Laos.

Namun, beliau melihatnya sebagai ujian untuk mengukur kemampuan pasukannya.

"Ini adalah ujian untuk melihat sama ada kami mampu bersaing dengan ketiga-tiga pasukan tersebut,” ujarnya.

Nepal akan memulakan kempen Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Selasa dengan hanya juara kumpulan akan layak ke pusingan akhir Piala Asia 2027 di Arab Saudi.