Tun M hadiri majlis tertutup sebelum dijangka ke Istana Negara

Iklan
Mahathir

SERI KEMBANGAN - Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan kediaman peribadinya di The Mines Residence di sini sebentar tadi.

Beliau yang menaiki kenderaan jenis Mercedes plat RIMAU 1925 itu keluar dari kediaman kira-kira jam 12.13 menggunakan pintu A dengan diiringi kenderaan pengiring.

Iklan
Iklan

Difahamkan Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu akan menghadiri majlis tertutup di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur sebelum ke Istana Negara selepas itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin menghadap Agong, bawa suara Perikatan Nasional

Iklan

Tun M tawar diri jadi calon Perdana Menteri

Sabah, Sarawak jadi penentu siapa jadi Perdana Menteri

Anwar dakwa masih ada sokongan mencukupi

Iklan

Kemelut politik negara semakin panas apabila Dr Mahathir hari ini menawarkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri.

Semalam, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memilih Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri.

Pemilihan Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai Perdana Menteri turut disokong UMNO, Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).