Penderitaan adik Nur Salsabila dapat perhatian

Iklan
Devanathan (kanan) bersama staf Econsave cawangan Pokok Sena melawat dan menyampaikan barangan keperluan bernilai RM1,000 kepada keluarga Nur Salsabila.

POKOK SENA - Penderitaan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang menghidap penyakit ekzema mendapat perhatian banyak pihak.

Ibunya, Nur Fatin Izani Mohd Nazir, 23, berkata, penyakit kulit yang dihidapi anaknya, Nur Salsabila Abdul Malik menampakkan perubahan positif selepas ada seorang individu dari Sabah menaja krim khas bagi merawat ekzema.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dia menggunakan krim tersebut selepas mendapat kebenaran daripada doktor pakar yang merawat Nur Salsabila sebelum ini.

"Memang kami tidak mampu untuk membeli satu krim tersebut yang mencecah ratusan ringgit satu set namun selepas menggunakannya, dilihat berkesan dan Nur Salsabila semakin ceria.

Iklan

"Saya mengucapkan terima kasih kepada yang membantu dan Nur Salsabila masih lagi perlu mendapat rawatan berkala. Pada awal Mac ini, pakar kulit dari Hospital Pulau Pinang akan datang ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk melihat kes anak saya ini.

"Saya mengharapkan doa semua agar anak saya pulih sepenuhnya dari penyakit kulit ini," katanya ditemui di rumahnya di Taman Damai selepas menerima kunjungan Econsave Cawangan Pokok Sena yang menyampaikan sumbangan keperluan barang rumah bernilai RM1,000.

Iklan

Nur Fatin Izani berkata, dia kini dalam proses memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) serta berharap permohonan itu diluluskan bagi meringankan beban kos rawatan bulanan Nur Salsabila.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak 3 tahun derita ekzema

Sementara itu, Pengurus Econsave Cawangan Pokok Sena, B Devanathan berkata, nasib yang menimpa Nur Salsabila mendapat perhatian pihaknya selepas kisahnya mendapat liputan media terutamanya Sinar Harian pada 2 Februari lalu.

Menurutnya, bantuan tersebut diluluskan oleh Pengurus Besar Econsave Wilayah Utara, Zamzuri Mansor termasuk bantuan kepada mangsa kebakaran di Jitra, bantuan kepada kanak-kanak sakit kronik jantung berlubang dan bantuan kepada Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi di Kuala Nerang.

"Econsave prihatin dengan masalah-masalah yang dihadapi rakyat dan kami akan cuba sedaya upaya meringankan beban mereka. Sekurang-kurangnya dua hingga empat kes membabitkan mereka yang terkesan akan dibantu," katanya.