'Tiada pihak mahu panjangkan kemelut...'

Iklan
A Kadir ketika ditemui media di pintu masuk kediaman Dr Mahathir di The Mines Residence di sini hari ini.

SERI KEMBANGAN - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A Kadir Jasin mengakui ramai yang terkesan dengan kemelut politik yang sedang melanda negara ketika ini.

Bagaimanapun Penasihat Komunikasi dan Media Perdana Menteri Interim itu berpandangan tiada pihak yang mahu memanjangkan perkara itu.

Iklan
Iklan

"Saya tidak rasa ada pihak yang mahu memanjangkan lagi keadaan ini sebab ia tidak baik untuk negara, politik dan rakyat jelata.

"Kalau hal begini berterusan rakyat jelata akan hilang keyakinan (terhadap) politik dan itu makin susahlah," katanya kepada media ketika ditemui di pintu masuk kediaman peribadi Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad di sini hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut, A Kadir berkata, kemelut yang sedang melanda ketika ini akan selesai apabila semua pihak berusaha ke arah itu.

"Ia bergantung kepada pihak yang terlibat sama ada mereka hendak cari penyelesaian atau tidak," katanya.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin menghadap Agong, bawa suara Perikatan Nasional

Tun M tawar diri jadi calon Perdana Menteri

Sabah, Sarawak jadi penentu siapa jadi Perdana Menteri

Anwar dakwa masih ada sokongan mencukupi

Kemelut politik negara semakin panas apabila Dr Mahathir hari ini menawarkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri.

Semalam, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memilih Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri.

Pemilihan ahli Parlimen Pagoh itu sebagai Perdana Menteri turut disokong UMNO dan Pas.