Membasmi pengundi hantu
Iklan


Proses pilihan raya haruslah bersih, telus, adil dan bebas bagi menjamin demokrasi yang sebenarnya.
SEBAGAI sebuah negara demokrasi berparlimen, setiap rakyat Malaysia akan didaftar sebagai pengundi apabila mencapai usia 18 tahun seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
Syarat kelayakan pula adalah pengundi tersebut mempunyai mental kapasiti dan tidak menjalani hukuman penjara pada tarikh kelayakan.