UMNO lapor polis kain rentang 'Bebas Najib' di Ayer Kuning

Iklan
Kain rentang 'Bebas Najib - Hormat Titah Adendum' yang dipasang di beberapa lokasi di Ayer Kuning. Kain rentang 'Bebas Najib - Hormat Titah Adendum' yang dipasang di beberapa lokasi di Ayer Kuning.
Kain rentang 'Bebas Najib - Hormat Titah Adendum' yang dipasang di beberapa lokasi di Ayer Kuning.

TAPAH - UMNO Bahagian Tapah membuat laporan polis menafikan terlibat dalam pemasangan kain rentang 'Bebas Najib - Hormat Titah Adendum' seperti yang dikesan di beberapa lokasi di Ayer Kuning.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tapah, Syed Afzarizal Syed Salim berkata, semakan segera telah dilakukan dan mendapati tiada mana-mana ahli di peringkat bahagian dan cawangan mengeluarkan kain rentang tersebut.

Iklan
Iklan

"Walaupun terdapat lambang UMNO pada kain rentang itu, tetapi parti sama sekali tidak terlibat.

"Ini bermakna ada pihak tidak bertanggungjawab cuba menyebar fitnah dan berniat jahat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Iklan

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah pada Isnin.

Beliau berkata, UMNO Bahagian Tapah sentiasa berpegang dan menghormati institusi kehakiman terutama dalam isu pembebasan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Iklan

Katanya, tindakan pemasangan kain rentang itu boleh menimbulkan persepsi seolah-olah UMNO dan BN tidak bersama dalam perihal tersebut.

"Kita tidak mahu perkara ini menjadi isu lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti," jelasnya.

Sinar Harian difahamkan, semua kain rentang tersebut telahpun diturunkan Majlis Daerah Tapah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April ini, tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 12 dan 22 April.

Kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning (N48) berlaku susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, 59, selepas rebah ketika menyertai perlawanan bola sepak di Pulau Pinang pada 22 Februari lalu.

Pada PRU15, Ishsam mewakili BN menang dengan 2,213 majoriti undi iaitu dengan 9,088 bilangan undi dalam pertembungan lima penjuru, mendahului calon Pakatan Harapan (PH) (6,875), Perikatan Nasional (PN) (6,812), Parti Pejuang Tanahair (105) dan Parti Sosialis Malaysia (586).