Polis wanita dakwa jadi mangsa penderaan emosi

Iklan
Noor Azam

SHAH ALAM - Seorang anggota polis wanita membuat laporan polis pada Rabu lalu selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa penderaan emosi oleh pegawai atasannya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin mengesahkan laporan terbabit.

Iklan
Iklan

"Ya, saya sahkan ada terima laporan kes itu. Kita jalankan siasatan dan dibuat secara dalaman," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial Facebook berhubung laporan polis yang dibuat mangsa berusia lingkungan 50-an yang mendakwa pegawai atasannya berpangkat Asisten Superintendan mengugut mahu mencederakannya selain mengeluarkan kata-kata kesat.

Iklan

Laporan itu juga mendakwa pada 19 Februari lalu, mangsa telah dipanggil pegawai terbabit masuk ke dalam pejabatnya dengan membawa satu fail.

Bagaimanapun, anggota terbabit telah dimarahi dan fail tersebut telah dicampak ke dadanya.

Iklan

Mangsa juga mendakwa telah dipukul dengan menggunakan beg sebelum dihalau keluar dari pejabat.

Kejadian itu menyebabkan mangsa dikatakan mengalami kemurungan serta gangguan emosi yang teruk.

Selain itu, difahamkan suami mangsa turut membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.