Hanya 30 peratus anggota bomba Pahang dibenarkan cuti Aidilfitri

Iklan
Mohd Razam. Foto Sinar Harian. Mohd Razam. Foto Sinar Harian.
Mohd Razam. Foto Sinar Harian.

KUANTAN - Hanya 30 peratus daripada 956 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang dibenarkan bercuti sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Pengarahnya, Mohd Razam Taja Rahim berkata, anggota selebihnya akan bertugas seperti biasa sebagai persediaan menghadapi sebarang kes kecemasan yang dijangka meningkat ketika musim perayaan.

Iklan
Iklan

"Sebagaimana arahan daripada ibu pejabat yang menetapkan 70 peratus daripada anggota perlu bekerja, sementara 30 peratus sahaja dibenarkan bercuti," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan sebuah pusat beli-belah di sini pada Isnin.

Terdahulu, beliau hadir sempena program Kempen Keselamatan Ops Siaga Raya Aidilfitri 2025 yang disempurnakan oleh Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Razali Kassim.

Iklan

Menyentuh mengenai tempoh pelaksanaan Ops Siaga Raya bermula sejak awal Ramadan, Mohd Razam memberitahu, pihaknya menempatkan 33 anggota di tiga lokasi strategik di lebuh raya bagi memastikan tindakan pantas, jika berlaku kecemasan.

Ujarnya, lokasi lebuh raya tersebut ialah Plaza Tol Gebeng, Plaza Tol Gambang dan Plaza Tol Temerloh.

Iklan

"Kami akan menempatkan jentera, pasukan motor dan pasukan perubatan kecemasan (EMRS) di tiga lokasi ini untuk mempercepatkan respons pantas ke lokasi kejadian," jelasnya.