Isteri 'Pak Cik Petai' dijangka jalani pembedahan mata 10 April ini

Iklan
Astiah (duduk) ditemani Mohd Noor dan anaknya membuat pemeriksaan mata di Hospital Columbia Asia di Seremban. Astiah (duduk) ditemani Mohd Noor dan anaknya membuat pemeriksaan mata di Hospital Columbia Asia di Seremban.
Astiah (duduk) ditemani Mohd Noor dan anaknya membuat pemeriksaan mata di Hospital Columbia Asia di Seremban.

SEREMBAN - Isteri kepada lelaki warga emas yang diberi gelaran 'Pak Cik Petai' akan menjalani pembedahan katarak mata secara percuma di Hospital Columbia Asia di sini selepas Aidilfitri.

Astiah Yaakob, 64, dijadualkan menjalani pembedahan tersebut pada 10 April ini dengan kos dianggarkan antara RM3,800 ke RM4,000.

Iklan
Iklan

Pakar Perunding Oftalmologi, Retina Perubatan dan Uveitis, Dr K Sangeeta berkata, keadaan mata kanan pesakit berkenaan mengalami masalah malap yang serius.

"Kanta mata dia jadi keras dan menghalang cahaya daripada masuk ke dalam mata yang mana ia telah menjejaskan urusan hariannya.

Iklan

"Jadi pihak hospital tawar pembedahan percuma bagi membantunya yang dijadualkan pada 10 April ini," katanya selepas membuat pemeriksaan mata warga emas terbabit pada Selasa.

Mohd Noor Mohd Noor
Mohd Noor

Sementara itu, Mohd Noor Sidek, 67, berkata, tiada lain yang dapat diucapkan melainkan terima kasih kepada pihak hospital dan semua yang membantu.

Iklan

"Terima kasih kepada pihak hospital yang membantu pembedahan mata isteri saya.

"Saya minta maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut dan ada yang tahu kesusahan saya bagi bantuan, panjangkanlah umur mereka supaya dapat menolong orang-orang yang lebih susah lagi," katanya dalam nada sebak.

Menurutnya, sekiranya tiada bantuan tersebut, kemungkinan isterinya terpaksa menunggu lebih lama lagi untuk membuat pembedahan mata.

Tambahnya, dengan kos rawatan yang tinggi sekarang ditambah dirinya yang hanya bekerja kampung, agak sukar dia mengumpul wang untuk pembedahan berkenaan.

"Saya memang orang susah hanya kerja kampung, lagi pun saya ada penyakit kencing manis dan darah tinggi, tapi bolehlah cari nafkah dan dapat pula bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500.

"Saya sangat gembira dengan bantuan ini dan mana pihak yang menolong saya yang susah ini, terima kasih saya ucapkan," jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Pengawai Eksekutif Hospital Columbia Asia Seremban, Alice Chong berkata, bantuan perkhidmatan percuma diberikan kepada keluarga berkenaan sebagai salah satu program tanggungjawab sosial pihaknya.

Sangeeta membuat pemeriksaan mata Astiah sambil diperhatikan Mohd Noor

"Kita mengetahui masalah dihadapi pesakit ini selepas kisahnya tular di media sosial, lagi pun dia tinggal berhampiran dengan hospital kami.

"Jadi, kita terpanggil untuk membantu menanggung segala kos rawatan dan pembedahan mata isteri," ujarnya.

Sebelum ini tular video Mohd Noor bertindak membuang kesemua barang jualannya di jalan raya sebagai tanda protes kerana tidak dibenarkan berniaga petai menggunakan motosikal.

Kejadian itu dipercayai berlaku di hadapan sebuah pasar raya di daerah ini.

Perkongsian video tersebut mengundang pelbagai reaksi orang ramai dengan majoriti meluahkan rasa simpati terhadap lelaki itu.

Warga emas berkenaan memberitahu dia berniaga kerana mahu mengumpul duit untuk pembedahan katarak mata isterinya.